Nathalie Emmanuel
Nathalie Emmanuel

Nathalie Emmanuel

Nathalie Joanne Emmanuel[1] (lahir 2 Mac 1989) ialah pelakon wanita United Kingdom. Emmanuel memulakan kerjayanya di teater pada akhir 1990-an. Beliau mendapat peranan di pelbagai pementasan West End seperti muzikal The Lion King.[2] Pada tahun 2006, beliau memulakan kerjaya filem dengan memegang watak Sasha Valentine dalam lipur lara Hollyoaks. Beliau kemudian muncul di pelbagai seri televisyen Britain. Filem menampilkan lakonan beliau ialah Twenty8k. Emmanuel mula dikenali secara meluas sebagai Missandei dalam siri Game of Thrones, kemudian dikenali dengan menjayakan peranan pembantu di filem aksi The Maze Runner: Scorch Trials (2015), Furious 7 (2015), dan The Fate of the Furious (2017).

Nathalie Emmanuel

Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 2006–kini
Kelahiran Nathalie Joanne Emmanuel
(1989-03-02) 2 Mac 1989 (umur 31)
Southend-on-Sea, Essex, England